Rekreasi Minda

Wednesday, January 20, 2010

berhajat mengahwini org klate?












Assalamualaikum...wbt
to sesape yang nak belaja loghat kelantan atau ygade hajat nak kahwen dgn org kelantan..baik blajarkalu x..pening ppalo..heehehe..:P





Ada cerita di sebuah sekolah rendahdi luar Kelate yg guru besarnya orang Kelate. Satu hari budak-budak ternampak ular. Jadi katacikgu,"cepat-cepat lah katok". Budak-budak punheran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapiular."


Hmmmm konpius...


Katok =pukul, balun, hentam



Vocabulary :Bokbong - spesis musang


Ttuyup - pepatung


Pok Kor - spesis mengkarung


Ike Kkhonge - ikan cencaru


Gelenyar ,Gletah = mengenyam, getik


Absorber = saksoba


Supik Gelenyar - plastik bag (yang nipis tu.)


Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)


Gaduh, bbaloh = kelahi


Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu)


Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)


Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)


Tohok = buang


Ghohok = susah, payah


SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!


WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.


DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun


Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)


Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)





Kelantan + English?? = "Kelantalish"


Contoh:


POZEK (deposit),


RIZAT (1.result 2. reserved),


NNEJA (manager),


ISTEK (estate),


SUWIH (switch),


MERKET (market),


dll...



Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:





manis LLETING


masin PPEGHAK


pahit LLEPE


mase PPUGHIK


tawar EBER


putih SSUEH


hite LLEGE


biru KKETU


kuning NNEHE


kenye BBONYAH


comel LLOTE


gemuk DDEBOK


busuk BANGA


hapok KOHONG





Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghatkelantan yang unik.. Antaranya:





YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"


DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",


GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."


PAH? = lebih kurang "GAK"


HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"


DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"



Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggapTABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain... Yang popular digunakan antaranya:


CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja).


PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...


JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni...) Kalau silap dengar, lain maksudnya.


KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!


TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...)


AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.


NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan...cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...


SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!





Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan `e'. cth : Jangan=jange Lengan=lenge


Geran=gere,


Pisang=pise


Malam=male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan.





Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh,


Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless). Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap)



so itula tutorial kite ttg bhs kelantan...i enjoy it very much..hope u too...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home