Rekreasi Minda

Tuesday, April 19, 2016

Kesusahan, Kesakitan & Keperitan Menjadi Penghapus Dosa


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُمَا سَمِعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلَا نَصَبٍ وَلَا سَقَمٍ وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ

Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah bahwasanya kedua orang sahabat itu pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

"Tidak ada penderitaan, kesengsaraan, sakit, kesedihan dan bahkan juga kekalutan yang menimpa seorang mukmin, melainkan semua itu menghapuskan sebahagian dosanya."
(HR. Muslim No: 4670)

Pengajaran:
1. Setiap keperitan, kesusahan, kesakitan dan kesedihan yang dilalui oleh seseorang adalah ujian daripada Allah untuk hambanya.
2. Setiap ujian keperitan, kesusahan, kesakitan yang menimpa mukmin itu menjadi penghapus dosa-dosanya.

Bersabarlah di atas segala ujian berbentuk kesusahan, kesakitan dan kepedihan. Moga redha dengan ujian yang dilalui.

Gula-gula dadah?


Beberapa hari ni tersebaq la cerita yang kononnya gula2 ni ada kandungan dadah didalamnya....

Orang kita ni suka sangat la dengan benda2 yang sensasi lagu ni. Dapat2 ja, terus sebaq. Apa salahnya ambik masa sat untuk pikiaq.

Secara peribadinya... Aku langsung tak percaya dengan artikel tu. Aku sendiri tak tau apa matlamat orang yang mula tulisnya. Tah dari mana dia dapat cerita la. Ka dia main hentam sendiri ja. mungkin banyak sangat layan DVD kot. Dia ada makmal sendiri ka, sampai buleh sahkan dalam gula2 tu ada dadah? KKM, AADK dan Polis pun tak keluaqkan kenyataan berkenaan benda ni.

Paling senang nak pikiaq lagu ni la. Lepaih ni mat gian buleh la jimatkan perbelanjaan membeli dadah. Kerana gula2 ni terlalu murah. Malah berganda-ganda murahnya berbanding dengan dadah biasa... Hanya dengan 20sen dah boleh khayal.. Selalu paling koman pun RM10 baru dapat. Nampak dak?
Huhuhuuu...

*teringin sangat aku nak tau sapa la tuan punya tangan tu ek.. Emotikon tongue

Wednesday, March 23, 2016

"Orang yang meminta maaf itu tidak semestinya dia telah melakukan kesalahan. Tapi dia sedang menjaga sebuah silaturahim."

Rumah kita rumah orang tua kita


Rumah ibubapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibubapa..
Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak.Tak boleh masak sesuka hati, makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dengan ibubapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibubapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibubapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apa tah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la. Kalau guna pun... Pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak.

Itulah bezanya ibubapa dengan anak-anak..
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak,
Tapi anak-anak... Belum tentu mengasihi ibubapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada..

Tapi...
Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta..
Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan & amp; realistik dalam keadaan dunia yang akhir zaman.

Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti..

Apa motif viral gambar jenazah?

Aku tengok kebelakangan ni ramai sangat yang dok galak post/share gambaq jenazah bayi/kanak2 kat fb, whatsapp dll. Hangpa ni pasaipa? Hangpa nak apa? Apa sebenaqnya matlamat hangpa ni? Kemaruk like ka? Kalau setakat nak buat ucapan takziah. Ucap ja la. Tak payah la dok post gambaq bagai. Hangpa ingat family budak tu suka ka hangpa buat lagu tu? Kena kat anak hangpa nanti lagu mana? Mau dok tobat buang!

Assalamualaikum...
Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita bertukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu...

TIP TENTANG KETUHAR DAN FUNGSINYA


Soalan yang biasa diajukan:
Ketuhar yang mana sesuai ye??



Tujuan saya berkongsi tip semua ini adalah kerana ingin membantu anda yang keliru dan tidak tahu fungsi peralatan elektrik yang digunakan dalam membaking @ cooking.


Secara lazimnya, resepi terdapat di mana-mana sahaja yang penting kita harus belajar seni dan selok-belok membuat kuih dan juga mendapatkan tips yang penting. Saya harap dengan tip dan panduan yang saya kongsikan ini secara tidak langsung anda dapat "belajar" tentang selok belok peralatan bakery yang ada di rumah anda.

Ok..ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang KETUHAR. Hari ini saya kongsikan tip dan jenis-jenis ketuhar yang berbeza.
Semoga tips ini akan mendatangkan manfaat pada anda semua.


📟 JENIS–JENIS KETUHAR 📟
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Di dalam proses membuat kek, cookies, pastry dan roti, bukan sahaja kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik tetapi ketuhar juga memainkan peranan yang amat penting.
S : Ketuhar apakah yang sesuai untuk di gunakan?
S: Adakah kita perlu menyediakan berlainan ketuhar untuk berlainan kek, roti dan pastry?
Jom kita kenali dengan rapat lagi jenis jenis ketuhar yang berbeza.


📟 KETUHAR JENIS BINA DALAM (Built in Oven)
**********************************
Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh membakar roti, kek, pastry dan biskut. Bergantung kepada jenama yang anda beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika anda membakar 2 atau 2 tingkat (2 tier baking).
Kalau anda membakar biskut cara begini, anda harus rajin memusing dan menukarkan loyang kuih anda supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika kita membakar satu tingkat sahaja.


📟 KETUHAR YG ADA KIPAS (Oven with Fan)
*****************************
Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika kita membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit.
💡Jadi, jika ada pilihan untuk tidak membuka button kaedah kipasnya @ switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah lebih baik (sesetengah oven ada button kipas).
💡Tetapi jika kita tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada button kipas) adalah lebih baik jika kita kurangkan sedikit masa membakar kek itu.
Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di ketuhar biasa, kita kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika kita menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya keknya tidak kering sangat.

📟KETUHAR MICROWAVE (Microwave Oven)
***************************
Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar
“2 IN 1” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi “microwave” dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika kita membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.
💡Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwavenya sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastry dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat (dense).


FUNGSI – FUNGSI DI KETUHAR
=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*
- Apakah kelainan fungsi-fungsi yang terdapat di ketuhar?
- Adakah ianya boleh di gunakan untuk membakar segala macam kek dan kuih?
Mari kita tinjau kegunaan fungsi-fungsi yang berlainan ini.
👉Kebanyakan ketuhar bina dalam (built in oven) mempunyai fungsi yang agak sama iaitu :


TOP and BOTTOM Heat
•••••••••••••••••••••••••••••••
🔥Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastry dan roti. Jika kita membakar kek yang agak besar sedikit, kita harus meletakan kek itu di rack agak bawah sedikit (lower rack to avoid top part of cake burnt) tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rack tengah sahaja.


TOP HEAT Only
•••••••••••••••••••••
🔥Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangkakan yang Top Heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya Top Heat ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar cheesecake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.


BOTTOM HEAT ONLY
••••••••••••••••••••••••••••
🔥Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi “ bottom heat” ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.


GRILL
••••••••
🔥Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan “grill”, setiap lapisan kek lapis kita pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.


STEAM INJECTION
•••••••••••••••••••••••••
🔥Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu.


SUHU (Temperature)
••••••••
🔥Pastikan anda tahu jenis suhu oven anda untuk mengetahui jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih anda semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz oven itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.


Semoga dengan tip yang saya kongsikan ini anda telah mendapat ilmu yang baru untuk manfaat anda.