Rekreasi Minda

Tuesday, May 22, 2012

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……     
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……     
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……     
Janganlah sesekali kamu 
LEPASKAN   ia semula kedalam air begitu sahaja…….    
Kerana ia akan 
SAKIT   oleh kerana bisanya……    
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan 
MENDERITA   selagi ia masih hidup……    

Begitulah juga……    

Setelah kamu memberi banyak 
PENGHARAPAN   kepada seseorang ……    
Setelah ia mulai 
MENYAYANGI   kamu……    
Hendaklah kamu 
MENJAGA   hatinya……    
Janganlah sesekali kamu terus 
MENINGGALKANNYA   begitu saja……    
Kerana dia akan 
TERLUKA   oleh kenangan bersamamu……    
dan mungkin 
TIDAK   dapat MELUPAKAN   segalanya selagi dia masih mengingati kamu……    

Jika kamu 
MENADAH   air biarlah berpada……    
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……    
Cukuplah sekadar untuk 
KEPERLUANMU   sahaja……    
Kerana apabila ia mulai 
RETAK  ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……    
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……    

Begitulah  juga……    

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. 
 TERIMALAH   dia seadanya……    
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……    
Anggaplah dia manusia biasa……    
Kerana apabila dia melakukan 
KESILAPAN  …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA   dan MEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir hayat    
Dan bukannya 
MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya    
Lalu semuanya akan menjadi 
TERHENTI begitu sahaja……    


Jika kamu 
MEMILIKI sepinggan nasi……    
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……    
Yang 
MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……    
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……    
Kerana terlalu ingin mengejar 
KELAZATAN  ……    
Kelak, nasi itu akan 
BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……    
Kamu akan 
MENYESAL  ……    

Begitulah juga……    

Jika kamu telah bertemu dengan seorang 
INSAN  ……    
Yang kamu pasti boleh membawa 
KEBAIKAN kepada dirimu……    
MENYAYANGIMU 
 ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….    
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba 
MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……    
Terlalu mengejar 
KESEMPURNAAN  ……    
Kelak, dia akan 
BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA  apabila dia menjadi milik orang lain……    
Kamu juga yg akan 
MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……    

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar 
KESEMPURNAAN   kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN   yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN   orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA   sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR   dengan apa yang kita sudah MILIKI  …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  …itu lebihBERMAKNA  !     

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home