Rekreasi Minda

Monday, August 16, 2010

Parit Buntar, Puasa dan Kerang...

Kerang? Hmmm... Ianya cukup sinonim dengan orang Parit Buntar, Perak dibulan puasa ini. Masuk saja bulan puasa. Melatalah gerai yang menjual kerang disana. Dari Selinsing hinggalah ke Sungai Acheh. Kiri kanan jalan bertabur gerai kerang bakar dan rebus. Dari dalam pekan hinggalah ke ceruk kampung. Pengunjungnya pula ada yang bersendirian, berkawan dan berkeluarga. Sebaik saja berbuka puasa. Gerai-gerai pun mulalah operasinya. Ada yang beroperasi sehingga ke waktu sahur. Waktu kemuncaknya pula dari jam 10 malam hinggalah 12 malam iaitu selepas solat sunat tarawih. Fenomena ini berulang saban tahun semacam satu tradisi. Ramai yang suka makan kerang. Tapi ramai juga tak tahu dan tak pernah ambik tahu pasal kerang. Di sini saya cerita sikit pasal kerang.

KERANG BAKAR ATAU REBUS?

Ini mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau bakar.
Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cengkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan.
Sekiranya kerang itu diperolehi dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.
Lebih teruk, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama kes dengan keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut.
Wanita hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masak sebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan.
Jika tidak dapat dielakkan, pastikan dahulu dengan pemilik gerai (jika dia mengetahui), dari manakah kerang itu diperolehi dan bagaimanakah ia dimasak.
Adakah kerang rebus lebih baik dari kerang bakar?
Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pulak menyingkirkan lebihan lumpur dalam cengkerang.
Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan.Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.Ingat! jangan makan kerang yang separa masak atau yang mentah!!!


p/s : Untuk pengetahuan anda juga. Ramai peniaga makanan contohnya Char Kuey Teow / Kuey Teow Kerang memasukkan darah kerang dalam masakan mereka. Jadi, berhati-hatilah memilih premis makanan...


Wallahu'alam...

Thursday, August 5, 2010

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri



Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, diabersamaisterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....


Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah merekamenunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkanpukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.


Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman,dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?


Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apasebab mereka menangis di tepi jalan.


Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkanoleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.


Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jinatau syaitan, jelas Tok Dahaman.


Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.


Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenal pasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.


Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segerakerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.


Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencarisyaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan ditempat org lelaki.


Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyaksyaitan bercampur gaul dgn org ramai.


Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org ygmemasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada ygmeludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala danriba manusia.


Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.


Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.


Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.


Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat danbertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.


Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,keadaanlebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuankeadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.


Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapamereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapaimakanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.


Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yangkotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.


Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.


Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramaitentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahupercaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.


Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.....

Wallahualam...


MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKANDENGAN UCAPAN BISMILLAH...semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Tuesday, August 3, 2010

BERKELAH










Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..

Once upon a time........

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..

So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..

So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama..Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..

Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air.

10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok..

Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama2.abang cuma risau,takut lama lama berendam dlm air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...

Alamak!

Pada suatu hari seorang pelajar kolej baru sampai ke rumah sewa, di rumah sewa itu cuma dia dan seorang budak lelaki yang tinggal di rumah sewa baru mereka itu. Nama dia Mat dan budak lelaki teman serumah itu bernama ali, Mak ali beria-ia mahu memberi nombor telefonnya kepada Mat, Mat pon jenis selamba ramba menerima nombor itu.

Mak ali: Nanti malam mak cik telefon kau tau ada benda penting nak cakap (bisik dekat Mat)

Malam itu Mat pon menunggu Mak ali telefon.ketika sedang menunggu ali hanya melihat dan menatap mukan mat dan senyum banyak kali, Mat yang hairan tiba-tiba menerima panggilan yang di tunggu-tunggu sudah pun tiba, tertera nama Mak Man di telefonnya lalu dia menjawab.

Mat: Hello
Mak ali: Hello Mat.. , setakat ini kau ok ker?
Mat: Saya ok mak cik, kenapa?
Mak ali: Mak cik nak cakap pon serba salah, tak cakap pon salah
Mat: Cakap je mak cik.. Apa dia?
Mak ali: Anak mak cik..
Mat: Ye..?
Mak ali: Anak mak cik tu...
Mat: Anak mak cik tu kenapa?
Mak ali: Dia tu...
Mat: Apa mak cik?? (Suspen)
Mak ali: Erm dia tu GAY so hati-hati ek (Matikan talian)
Mat: Erkk!

Temubual pengembala kambing











Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..

Monday, August 2, 2010

KASUT BUAYA


Ade Seorang perempuan yang teringin memiliki kasut dari kulit buaya.Dia pun menyuruh ayahnye untuk membelikannya sepasang kasut tersebut.
kerana cintakan anak gadisnye..si ayah pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal.


" Mahal sangat nie", kata si ayah itu.


"Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.


Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, si ayah tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai. Sementara itu si ayah itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya kearah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian si ayah tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah,


"Sial, yang ini pun tak pakai kasut."

SAKSI KEMALANGAN


Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapunPihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..


Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.


Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..


Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.


"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta..dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...