Rekreasi Minda

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010






Semoga hari mendatang ini akan membawa peningkatan kearah kebaikan hendaknya...

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT

kepada hambanya dan hanya akan disedari

oleh mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan

mendapat tanda ini cuma samada mereka

sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas

waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung

rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami

getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya

seperti daging lembu yang baru saja disembelih

dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan

mendapati daging tersebut seakan-akan

bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi

mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa

mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini

akan berhenti dan hilang setelah kita sedar

akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak

diberi kesedaran atau mereka yang hanyut

dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal

kematian, tanda ini akan

lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini

maka ini adalah peluang terbaik untuk

memunafaatkan masa yang ada untuk

mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan

yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah

mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah

waktu Asar. Bahagian pusat kita akan

berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang

tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang

letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun

tersebut dan mula membuat persediaannya ke

atas kita, antaranya ialah ia akan mula

mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi

malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya

sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang

terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung

seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya

cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut

nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa

yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya

kepada mereka yang diuji dengan musibah

kesakitan di mana orang sakit yang tidak

makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk

makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di

bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi

kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan

maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut

kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan

memudahkan urusan orang yang akan

memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata

hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang

yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh

dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari

bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana

bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk

ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan

perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar

ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana

kita akan merasakan satu denyutan di sebelah

belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana

ini menandakan kita tidak akan sempat untuk

menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan

merasakan satu keadaan sejuk di bahagian

pusat

dan ianya akan turun ke pinggang dan

seterusnya

akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini

hendaklah kita terus mengucap kalimah

syahadah

dan berdiam diri dan menantikan kedatangan

malaikatmaut untuk menjemput kita kembali

kepada Allah SWT yang telah

menghidupkan kita dan sekarang akan

mematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

forward this buletin...may ALLAH SWT bless

you.

saling berpesan2lah sesama kita

Jagung dan Ayam

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Tuesday, December 29, 2009

kisah minyak wangi jawa

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .


Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.


Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.


"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"...


Jawab gadis tersebut "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".


Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya.Bau-bau punya baru le jawatu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo...Kalau minyak wangi jenama ini. Kalau mau, saya ada penutupnya."....

Yang mana satu rambut anda sebenarnyerrrrrrr.............


1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung



3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah




4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.


5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.




6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.




9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.


10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri




11)TIADA RAMBUT-
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
tu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn......

Monday, December 28, 2009

Khasiat Buah Pisang







Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS: Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Tarikh Luput Tong Gas




Ramai diluar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku. Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.
Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;
A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -
A utk March (Suku pertama),
B utk June (Suku kedua),
C utk Sept (Suku ketiga), &
D utk December (Suku keempat).
2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan
Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.
Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.

Keluarga cari pesakit mental hilang


SIMPANG EMPAT – Keluarga kepada Ahmad Zaidi Hamid, 48, yang cacat mental sejak lahir hilang 13 hari yang lalu dan merayu kepada semua masyarakat awam yang menjumpainya supaya menghubungi keluarga berkenaan di Simpang Empat, Semanggol.
Adik Ipar, Jalil Bakar, 42, berkata, pihak keluarga telah membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Empat Semanggol disebabkan Ahmad Zaidi yang lebih mesra dipanggil ‘Mat’ tidak pulang ke rumah setelah lebih 24 jam keluar bersiar-siar sejak 18 Desember 2009 lalu.
Menurutnya, sebelum ini ‘Mat’ gemar ke perhentian Bas dan menumbang bas untuk berjalan-jalan kemudian pulang semula ke rumah sebelum malam.
“Semuanya ehsan daripada penduduk setempat yang sudah mengenali Mat terutamanya pemandu-pemandu bas dan teksi di daerah Kerian serta Kamunting.
“Tetapi sejak 18 Desember lalu Mat didapati keluar rumah sejak jam 8 pagi dan tidak lagi kelihatan dan kini sudah hampir 2 minggu dia hilang,”katanya.
Bercerita mengenai sejarah Ahmad Zaidi, adik iparnya Jalil Bakar berkata, abang iparnya itu cacat dari segi mental dan tidak mampu untuk bercakap dengan petah apatah lagi apabila ditanya di mana rumahnya.
“Mat tidak boleh bercakap dengan banyak selain lupa dimana rumahnya sendiri,”katanya.
Adik Ahmad Zaidi,Zaiton Hamid,43, berkata, abangnya itu merupakan anak sulong dalam keluarga dan mengalami kecacatan mental sejak dilahirkan lagi.
Menurutnya,beliau khuatir kerana sewaktu keluar rumah ‘Mat’ dipercayai tidak membawa kad pengenalan dan ini menyukarkan orang ramai untuk menghubungi pihak keluarga apabila menjumpainya.
“Sebelum ini dia ada membawa salinan kad pengenalannya ke mana sahaja dia pergi.
“Kami sekeluarga amat khuatirkan keadaan beliau dan amat berharap orang ramai yang menjumpainya terus menghubungi pihak keluarga di talian 019-4086188 atau 05-8905499 yang dibuka 24 jam atau terus menghantar Ahmad Zaidi ke alamat No. 52 Sungai Kepar, Simpang Empat , 34400 Semanggol, Perak.
Menurut Zaiton, pernah sekali Ahmad Zaidi hilang itupun 9 tahun yang lalu sekitar tahun 2001 sewaktu sambutan Hari Raya Puasa diadakan Ahmad Zaidi dipercayai menumpang Bas dan dijumpai di Kuala Lumpur oleh orang kampung yang menziarahi keluarga mereka di sana.
“Kami sekeluarga amat berharap orang ramai yang menjumpai ‘Mat’ dapat memberi kerjasama dengan menghubungi pihak keluarga dengan segera,”katanya semalam.
GAMBAR 1: Ahmad Zaidi atau lebih dikenali dengan panggilan Mat
GAMBAR 2: Ahmad Zaidi bersama anak saudaranya
GAMBAR 3: Kad pengenalan Ahmad Zaidi




Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam



1. TUJUAN
1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.
2. PENDAHULUAN
2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telahmengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.
2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.
2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;
“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”
2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;
i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).
2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)
2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.
3. TAKRIF
3.1 SimbulMaksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).
3.2 CiriMaksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).
3.3 TundukMaksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).
3.4 UpacaraMaksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).
3.5 BudayaMaksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).
3.6 DakyahMaksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).
3.7 MempersendaMaksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).
3.8 SensitivitiMaksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).
3.9 KriteriaMaksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).
4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM
4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.Contohnya;
i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.
4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.Contohnya:
i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menyolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
5. PENUTUP
Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Blok D7, Parcel D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA,
Tel: 03-8886 4253

Saturday, December 26, 2009

Selamat memperingati hari kelahiran Isa a.s

Atas izin Rasulullah saw seramai 14 orang umat Islam Makkah telah berhijrah mencari perlindungan di Habsyah angkara kezaliman kaum musyrikin disana. 14 orang termasuk 4 orang wanita itu diarahkan pergi ke Habsyah kerana Rajanya Najashi seorang Kristian Koptik dikatakan seorang yang taat pada Allah dan berlaku adil.











Di sinilah penganut Kristian percaya Nabi Isa dilahirkan di Baitul Maqdis

Ringkas cerita kumpulan ini akhirnya di bawa mengadap Raja Najashi apabila wakil musyrikin Makkah diketuai Amru al As yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Najashi telah memohon agar kumpulan Islam itu diserahkan kepada mereka untuk dibawa balik ke Makkah kerana dikatakan pendurhaka.

Ketua perwakilan Islam, Jaafar bin Abi Talib telah berhujah membela diri bagi pihak kaum Muslimin. Beliau merayu kepada najashi agar tidak menyerahkan kumpulan mereka kepada amru. Kata beliau mereka diarahkan oleh Rasulullah saw untuk ke Habsyah keranan Najashi dikatakan adil.

Lalu Najashi meminta Jaafar agar menerangkan darihal Isa a.s yang dikatakan turut di imani oleh umat Islam. Lantas Jaafar memetik firman Allah swt dalam surah Maryam(ayat 16-21):

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh (Jibril) dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Esok penganut agama Kristian akan meraikan hari Krismas iaitu menandakan hari kelahiran Nabi Isa a.s kira-kira 2000 tahun lalu.

Isa dilahirkan sebagai satu hadiah, iaitu berupa rahmat dari Allah swt buat umat manusia. Penganut Kristian percaya kepada konsep memberi pada hari Krismas kerana ianya menandakan hadiah Allah berupa tubuh badan Nabi Isa yang dilahirkan pada hari berkenaan untuk umat manusia.

Betapa banyaknya persamaan antara kedua agama terbesar dalam dunia ini, walaupun hakikatnya adajuga perbezaannya. Apa pun umat Islam menerima bahawa Isa al Masih sebagaimana dinyatakan oleh al Quran adalah Rahmat dari Allah buat umat manusia.

Kerana itu apabila dibacakan ayat-ayat Allah oleh Jaafar, maka Raja Najashi berkata kepada Amru bahawa walaupun segunung emas diserahkan kepadanya oleh Amru, beliau sekali-kali tidak akan menyerahkan Jaafar dan kumpulannya kepada beliau. Malah beliau menitahkan agar Jaafar dan kumpulannya boleh terus berada di Habsyah selama mana yang mereka perlu.

Selamat memperingati hari kelahiran Nabi Isa buat semua.
Wallahualam.


by roslan sms

Friday, December 25, 2009

Subhanallah...

2012?













































































NOKIA HANDSET With Camera Only RM190












MAHUKAH KITA SIHAT SEPERTI RASULULLAH?



Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)


Bagaimana agar sentiasa sehat seperti Rasulullah?


Ikuti resepi berikut :




SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan sholat Fardhu, solat subuh berjamaah.


Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :


- Berlimpah pahala dari Allah


- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB


- Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan




AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN


Rasulullah sentiasa rapi & bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.


"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)




TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.


Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.




GEMAR BERJALAN KAKI.


Rasulullah selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.




TIDAK PEMARAH.


Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :


- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.


- Membaca Ta'awwuz, karena marah itu dari Syaitan


- Segeralah berwudhu'.


- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.




OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.


Sikap optimis akan memberikan dampak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.




TAK PERNAH IRI HATI.


Untuk menjaga kestabilan hati & kesehatan jiwa serta menjaga mentaliti, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wednesday, December 23, 2009

Bola punya kes...










Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan tak married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh aje. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.






"Tuan, nggak kasian sama anaknya? Dia nggak punya sepeda...apa tuan juga nggak malu?" Lantas...... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,






"Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih ..." Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa.






"Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan itu aje.






" Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling canggih, plus bola itam dan bola putih. Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama papanya. Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor. Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa. Hingga si anak dipanggil lagi.






"Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda macam teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak jawab,




"Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah rosak.. dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut roda. Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?" Si papa geram .




So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam dan bola putih. Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang. Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru.... Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas papanya pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......


Tapi anaknya ketinggalan zaman.




Besoknya, di bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note:


"Biar kamu tak malu".




Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan:


"Papa, Kenapa tak belikan bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu."




"Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih? Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note itu...hingga dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi. Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh membernya yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya tidak 4,3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor. Maka ditawarkan anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja. Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berunding. Hingga tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam dan bola putih tentunya. Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali belikan dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada keinginan dan kemahuan untuk bagitau kenapa. Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana senang dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta Ferrari. Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje. Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik motor. Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri! So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak cik tak belikan bola itam bola putih? Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak dikasi bola2 itu. Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat anaknya. Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari. Yelah, anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi gelabah dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga ditelepon oleh pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai seatbelt, si awek mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat.




Si bapa datang ke Hospital..


"macam mana doc, anak saya?"




Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) .


"Maaf Encik, kami tidak dapat berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu terakhir.."




Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya.


"Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.."




si anak juga nangis kerana aweknya tak tertolong. Si papa menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat terakhir. Dia ingat kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama ini selalu minta bola itam bola putih. "Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk..kamu jadi kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik."




Anaknya jawab,


"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa punya money lebih, malah belikan yang macam2....saya cuma minta bola itam dan bola putih aje kan?"




Si papa rasa timing-nya tepat ni,


"KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?" (pembaca juga ingin tahu ya..?)




Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan masanya sudah hampir sampai...


"sebabnya ....saya..saya...saya...." *hep*




Kepalanya rebah dan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat bagitau tau bapanya.




Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la...tak tau.




MACAM MANA NI?




Kecewa jugak nih?


Isk! Isk! Isk!..........

Kesempurnaan Diri Muslim

HADIS MUTHAHHARAH
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desakepada Rasulullah S. A. W. yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W. telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yanglain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )
Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat dibawah cahaya
Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorangmaka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yangdisukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh
Mereka Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisiAllah?
Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendahdiri dan sabar dengan ujian (bala )
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah didunia dan akhirat ?
Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah
Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Cara Mengikat Tie







































































Kod Rahsia










Al Kisah berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan perumahan. Si suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya. Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang sama-sama tidak ada kerja. Apa yang istimewanya pada pasangan ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak melakukan hubungan suami isteri iaitu dengan istilah "mesin taip"Apabila si suami berkehendakkan pada isterinya maka dia akan memberi tahu pepatah itu kepada isterinya. Ceritanya berlaku pada satu petang yang damai bilamana si suami yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari majikannya yang dia perlu segera menghantar satu barang penting walhal pada masa itu juga dia benar-benar mahu bermesra dengan isterinya. Si suami melihat jam di tangan. "Hai setengah jam sempat lagi ni ...." bisik hatinya.

Si Suami pun segera mencari isterinya di rumah. Tapi malangnya si isteri sedang asyik berbual dengan jiran-jiran di rumah sebelah. Si suami pun menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun itu memanggil isterinya dengan bersama pesanan. Anaknya pun segera pergi mendapatkan emaknya dan terus menyampaikan pesanan dari ayahnya itu.


"Emak..., abah kata dia hendak mesin taip...." kata si kecil itu petah.




"Nak mesin taip...??? Nantilah cakap sama abah nanti mama balik bagi mesin taip tu yaa...!!" sahut si isteri pada anaknya yang sudah mengerti hajat suaminya itu. Tiga empat orang jirannya yang sama-sama bersembang itu berpandangan sesama sendiri kehairanan.



"Eh..., sejak bila pulak suami awak jadi penulis. ? tanya salah seorang darinya.




"Ler...orang sekarang ni dah guna komputer, mana main mesin taip lagi..."sampuk seorang lagi yang sama-sama tidak memahami apa-apa. Si isteri itu hanya tersengeh-sengeh malu.



"Dahlah...kita sambung cerita kita sikit lagi....!" balas si isteri mengalihkan cerita.



Si isteri rupanya masih belum puas lagi bersembang dengan rakan-rakan jirannya itu. Kebetulan masa itu mereka sedang asyik berbual satu tajuk yang panas. Si isteri mahu menghabiskan dahulu tajuk panas yang sedang mereka bincangkan itu sebelum pulang memberikan apa yang dihajati oleh si suami.

Hampir dua puluh minit baru si isteri itu pulang ke rumah dan cepat-cepat menghampiri suaminya yang nampak sudah bersiap-siap untuk pergi memandu.




"Laa kata nak mesin taip....???"


"Mesin taip apa lambat sangat..., aku dah Tulis Dengan Tangan.!!!"


Bagitahu si suami dengan muka yang masam kelat meninggalkan si isteri yang tercengang-cengang...

Tuesday, December 22, 2009

SATU PENERBANGAN...













Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain
Di mana layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita
Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu

Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Jangan mati disebabkan benda-benda ni!













1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaanyang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan! ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop,Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalahsatu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak bolehmelakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busayang banyak".Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteowdsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya kerana mee tersebut disaluti dengan wax untuk mengelakkan melekat ketika dimasak. Badan kita memerlukan 2 hari untuk membuang wax tersebut

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawangtersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang andasayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Kelapa atau Mutiara









Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama, Kamu jadi seperti kelapa.. mudah diperoleh Diparut.. Diperah.. dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...


Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan..Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat..Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah.. Beruasaha menyelami dasar lautan..Dapat memperolehnya.. Harganya mahalsekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya..


Jadi.. Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..


Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan.. Mutiara.. tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau dileher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..


OLEH ITU.. TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..


Menjadi santan.. mudah jadi perhatian..tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..


Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia.. tangisan mengiringi berzaman..

Monday, December 21, 2009

bagaimana nak mereload handfon PERCUMA













Cara me reload prepaid tanpa membayar sesen pun...
Pelik, Tapi Benar...


Sila Faham Arahan Dahulu Sebelum Mencuba...


Aku dapat benda nie daripada member yang kerja kat kedai handpon kat area... sekitar ipoh la. Duduk borak - borak ngan dia kan jadi aku pun korek lah rahsia pasal handpon nie kan... Last last tu cair gak...dia jadi dia bagi tau lah kan cara camner..nak mereload prepaid nie dengan percuma ......


Ok,nie keterangan dibawah untuk kegunaan korang...tapi ingat! Jangan Lakukan pada waktu siang, waktu siang takut diarang dapat detect korang lak. Lakukan pada detik saat pukul 12.00 tgh malam.


Sistem nie support untuk semua talian... 012, 013, 016, 017 dan 019. Jadi lepas nie tak payah lagi la korang nak pergi kat kedai handphone lagi haa. Disini disertakan cara mereload hanphone yang agak illegal, tapi sistem nie hanya dapat. digunakan pada setiap 20hb hingga 30 hb pada setiap bulan. Ini kerana pada waktu itu talian ini di upgrade pada masa ini.

Ok, kepada penguna talian 012,013,016,019 sila Dail nombor berikut 1415997 dan tunggu,

Dalam 5 saat anda akan mendengar seperti bunyi bising, ok pas tu tunggu sehingga bunyi itu hilang dan anda dengan segera mendail 9151 tunggu 3 saat dan masukkan no anda, diakhiri dengan butang #

Sehinnga itu anda akan mendengar arahan..."Plese insert you pin number" sila masukan kod Rahsia ini, 0087 8846 8899 tunggu sehingga dia kata nombor pin anda sedang disahkan lepas tu dail 0405 untuk Selangor dan Kuala Lumpur 0406 untuk kawasan lain semenanjung 0509 untuk Sarawak dan Sabah.

Anda akan mendengar : for airtime top up "press 1772" selepas dail nombor kemudian. tekan nombor telefon anda sekali lagi, tunggu selepas bunyi bising selesai, dail 440181 diikuti 169 selepas 5 saat, Selepas itu anda akan mendengar nilai tambah akaun anda telah berjaya,


Selepas itu anda mesti membuat pangilan serta dengan mendail nombor Telefon Anda Sendiri dan anda akan mendengar,













"Pale Hotak Ko Berjambul, Kat dalam dunia nie mana ada benda free, masuk TOiLET pun kena bayar 20 sen!!!!!! tisu 20 sen!!!!!!!!

Dan anda terus matikan telefon anda dan kata


''Jahanam punyer orang yang tulis ni!!''



hahahaa...


aku pun terkena daa...
Sudah lah, pi buat kerja masing-masing.





Sekian Terima Kasih...

MENGUAP MENURUT ISLAM

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'."

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Sekian, wallahu'alam

Kesan Radiasi / Pancaran Kepada Kesihatan Fizikal, Mental & Emosi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kemajuan teknologi moden yang berlaku hari demi hari telah mengubah gaya hidup manusia menjadi lebih mudah. Untuk ke sesuatu destinasi samada yang dekat mahupun yang jauh tidak lagi perlu menunggang unta atau berjalan berbulan-bulan lamanya untuk sampai. Dengan terciptanya enjin kenderaan, hanya beberapa jam sahaja masa yang diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju. Manusia masa kini boleh mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya perlu menekan beberapa suis dengan kewujudan peralatan moden seperti televisyen (tv), komputer dan internet, radio dan sebagainya. Segala maklumat, rujukan, informasi dan sebagainya berada di depan mata tanpa perlu bersusah payah untuk ke sana ke mari. Begitu juga jalinan hubungan antara dua benua terjalin dengan kewujudan peralatan teknologi moden seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya. Malah perlawanan bola sepak di Brazil boleh ditonton secara langsung oleh penduduk Malaysia dengan kewujudan satelit yang tidak terfikir oleh manusia terdahulu.

Namun disebalik kecanggihan dan kemudahan yang disumbangkan oleh teknologi moden hari ini kepada manusia, terdapat kesan negatifnya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi. Tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kesihatan kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.

Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.

Kabel elektrik, transformer, peralatan elektrik, radar, television, enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan elektromagnet yang dianggap bahaya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi.

Radiasi elektrik dan radiasi magnetik adalah berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat yang menggunakan kuasa elektrik mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat sedikit produk yang melindungi kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik. Ini kerana radiasi magnetik dapat menembusi kayu, besi, batu dan tentu sekali tubuh manusia. Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.

Sel tubuh mempunyai tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel. Elektron sel menghasilkan sistem tenaga yang seimbang dan harmoni untuk membolehkan sel berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan peralatan elektrik yang lain mengganggu dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya menyebabkan penyakit.

Jenaka





Paper


aku bace paper,rokok bahaye,aku behenti merokok.

aku bace paper,minum arak berdose,aku berhenti minum arak.

aku bace paper,dadah bahaye,aku berhenti isap dadah.

aku bace paper ,seks bahaye ,AKU BERHENTI BACE PAPER !!!



Sakit


doktor:- Selepas saya periksa pakcik saya rasa pakcik tiada penyakit batu karang atau atau kencing manis!!! tapi saya dapat kesan penyakit yang menjangkiti pakcik selama ini!!!

Pakcik Selamba:- Penyakit apa tu tuan doktor.

Doktor:- Saya harap pakcik berbanyakan sabar kerana pakcik nie mengidap penyakit "KENCING BERAIR "!!!!!!!

Pakcik Selamba:- !?@@!!!??????





Pesakit


Suatu hari, seorang pelawat di Hospital Sakit Jiwa Bukit Padang ternampak seorang pesakit jiwa sedang memancing ditengah padang.

pelawat: Hoi! ada ikan kah?

Pesakit: apa hoi! hoi! Kau gila kah, tengah padang mana ada ikan!!!

Pelawat: ????





Selsema

Pesakit: Apa penyakit saya doktor.

Doktor: Anda disyaki menghidap selsema burung.

Pesakit: Jadi doktor nie doktor haiwan la nie.Encik nie dah silap klinik nie......Bla...bla...

Doktor: Nampak sangat tak paham