Rekreasi Minda

Tuesday, March 16, 2010

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.
1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi."Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."
2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari."Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.
3. Anda masih perlu menghangatkan suasana."Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."
4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan."Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban."Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."
6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.
9. Hubungan seks ada turun naiknya.Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.
10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

CALON ISTERI....

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur,ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawak la calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kot-kot yang mana-mana dia berkenan...

CALON PERTAMA:
Ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal mayang, pipi gebu, BUKIT besar.....
Pekerjaan : Operator telefon merangkap receptionist
Si anak lelaki menolak calon pertama.
Si ibu bertanya mengapa dia menolak, lalu si anaknya pon berkata:
" Ala Mak...nih tak syiioookkkk. ...dia nih selalu cakap SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR" CALON

KEDUA:
Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar,badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice Pekerjaan : Setiausaha
Lalu sianak lelaki berkata "Nih lagi tak syyiiiooookkkk. ..asyik-asyik HARAP BERSABAR...BERSABAR " Si ibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya... lalu dia pon menjemput calon terakhir...

CALON TERAKHIR:
Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita, mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan
Pekerjaan : Guru. Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini. Lalu anaknya pun memberitahu. .. "Hah! mak nih la syyiookkk sikit...kalau cikgu best sikit..pasal dia selalu cakap ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH. .TERUSKAN DAH BETUL TUH..."

Tiba-tiba adik ! lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak... "Bang!!!.... Konduktor bas mini lagi bagus bang.... Diorang selalu cakap.... "NAIK CEPAT,NAIK CEPAT... MASUK,MASUK. ....MASUK LAGI, DALAM LAGI... DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHH HHHH, MASUK BELAKANG.... BELAKANG LAGI, LAGI BELAKANG SANA ...BELAKANG BANYAK KOSONG!..... .

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…… Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…… Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU….
MENGASIHIMU….
dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”